BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday

Tak sanggup lagi :'(

Dalam dunia nie tak ade pun manusia yang sentiasa nampak gembira kan?
termasuk jugak lah insan seperti aku.
aku manusia biasa yang lemah,tak berdaya pun nak melawan kebesaran nye.
kenape aku perlu bersabar?
sedangkan sebenarnyer aku tak mampu nak bersabar lagi..
hari nie,aku dapat 1 berita yang sangat2 perit.
ya allah aku kene kuat dan sabar hadapi nyer..jadikan aku seorang yang sabar.
berilah aku sedikit masa lagi untuk pulang ke jalan mu.

Monday

Adakah Miliku?

<3 always love this song for ever n ever.. <3
bermakna weyh!hmx.

Tuesday

Maaf lah -_-

u,u,u..i mintak maaf'' i mintak maaf sebab i rimaskan u.
serabut kan u like hell..fucker! ouhh sorie :(
i rasa sunyi jer,thatz y la i sms u jer tiap minit..if i ade org laen i tak kan rimaskan u.
i tahu u rimas,tak suka bila org tak faham u.
''tahu tak?bila aku sms kau aku nak ucap aku sayang kau,tp keadaan yg buat aku jadi mcm nie"
aku letak harapan pada kau,kau sorang tahu?sebab aku ade kau..
tak kisah la kalau kau bz,kau kol aku kejap pon jadilah..janji kau ingat aku.
kalau kau rasa tak boleh sayang aku lg,just cakap jer.
bukan aku nak maki kau,tu bukan aku.
bercinta memang indah,indah sangat2.
tapi pada hakikat nyer macam neraka.

bosan hidup mcm nie..time kau perlu kau datang cari aku.
time kau ade masalah knape kau diam?aku bukan nk tambah beban kau.
jangan berjanji dengan aku,sebab aku bencikan janji.
selagi aku sayang memang aku mcm nie..
bila aku dah xsayang,bila aku dah benci aku xkan lg sebok kat org tu.
jagn buat aku macam nie boleh?

berterus terang lah dari sekarang sebelum terlambat.
aku tak nak buang masa aku dengan kau.
even kau org pertama yg bertuah tu,
aku tak pernah paksa kau.
pandai2 kau lah..



Saturday

Kenapa Hidup ini Tak adil?

Sekarang nie aku Dah pon 20 tahun,
Dlam perjalanan hidup aku selama 20 tahun nie byk bende yang tak adil bagi aku.
kenape?ntahler..mungkin ker sebb aku tak adil pada orang?
Aku selalu jer Berlaku adil pada orang,
Ape yang orang nak aku mesti tunaikan sebab aku tak sampai hati nk tgk dieorang terkilan -_-
Tapi hari ini aku tak mengerti kenape aku rasakan hiidup nie tk adil untuk aku.
Kalau Orang lain jadi seperti aku semestinyer mereka akan rasa ape yg sdg aku rasa.
shitt! kan? sabarjelah 

kalau diberi peluang, aku nak bagitahu semua orang yang aku sayang sgt kat 'dye'..
tapi aku tak boleh, sebab semua orang xkenal die, hi hi :)
<3

Monday

Bercinta Dgn Suami Org

Yer.. bercinta dgn suami orang.. Kepada mereka yang sedang atau pernah bercinta dgn suami orang, pastinya pelbagai dugaan yg anda hadapi. Bagi pihak anda, tiada apa yg salah kerana anda juga akan menganggap dah rezeki anda dpt suami orang dan anda juga berhak ada kebahagiaan. Bagi pihak sang isteri kepada kepada suami orang tu.. tentu mereka akan rasa kecewa kerana layanan mereka kpd suami masih lagi tidak memuaskan sampai sanggup sang suami mencari kekasih lain diluar.

Saya bukan nak cerita tentang kisah pahit manis isteri kepada suami orang itu tetapi saya nak coretkan tentang kisah perempuan yg bercinta dengan suami orang.

Manisnya bercinta dengan suami orang..

  • Perhatian yg diberikan adalah sgt first class. Maklumlah sedang bercinta mmg segalanya sangat manis.
  • Pengalaman yg ada pada suami org membuatkan anda rasa happy sebab dia akan memberikan layanan lebih dari isterinya. Tambah lagi kalau suami orang itu sudah berumur.. anda akan rasa sentiasa dimanjai dan dibelai..
  • Anda menjadi buah hati pengerang jantung yg paling istimewa. Sanggup menemani anda kemana saja.
Pahitnya bercinta dengan suami orang..

  • Walaupun anda ditatang bagai minyak yg penuh, suami orang akan kalah pada anak-anak mereka. Mereka mungkin sanggup membatalkan planning bersama anda jika ada sesuatu hal yg terjadi kepada anak suami orang tu.
  • Kemungkinan besar anda akan diserang oleh sang isteri kepada suami orang. Serang melalui panggilan telefon, datang ke office tempat anda bekerja atau terus dtg ke rumah anda. Lebih drastik jika isteri kpd suami orang itu sering menghantar SMS dan mengugut anda. Itu salah satu hal yang patut anda hadapi.
  • Kemungkinan juga anda akan dipandang serong dan dianggap sebagai perampas kebahagian dan hak orang lain.
  • Bersedia menghadapi bohong sunat dari suami orang. Orang lelaki yg berkahwin.. walau jujur manapun mereka pasti ada sesuatu perkara yg dibohongi atau dirahsiakan dari anda.
  • Bersedia menghadapi kemungkinan ditinggalkan. Mungkin suami orang itu tiba-tiba rasa insaf dan bersalah terhadap keluarganya lalu anda ditinggalkan ketika anda ada perasaan kasih & syg yg menebal terhadap suami orang terbabit.
Apabila anda bercinta dengan suami orang..

  • Janganlah beri perasaan kasih & sayang 100% kepada kekasih anda. Paling penting, anda janganlah menyerahkan hal2 yg tidak sepatutnya anda beri sebelum masanya.. konon sebagai lambang kasih & cinta.
  • Pada saya tidak salah anda bercinta dengan suami orang kerana anda juga berhak menerima kasih sayang dari seorang lelaki. Cuma nasib anda saja yg tidak 100% beruntung kerana mendapat lelaki yang ada komitmen keluarga.
  • Anda patut sedar kedudukan anda dimana. Jgn masuk campur urusan keluarga suami orang itu. Dan jangan terlalu menabur budi kepada ahli keluarga suami orang tersebut. Contohnya mengajar anak suami orang itu membuat kek.
  • Jika dapati kekasih anda si suami orang itu meninggalkan isterinya gantung tak bertali, nasihatlah beliau secara rasional. Katakan kepadanya berdosa besar kalau dia lakukan hal begini. Ini kerana walaupun suami orang itu meninggalkan isterinya gantung tak bertali selama 6 tahun sekali pun.. mereka masih suami isteri. Tak mustahil mereka akan bersatu kembali.
Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan pengalaman di sekeliling saya. Pahitnya bercinta dengan suami orang lebih besar dari manisnya bercinta dengan suami orang. Walau apapun, saya bukan berniat untuk menakutkan anda sekiranya status anda sekarang bercinta dengan suami orang. Anda juga berhak perolehi kebahagiaan. Cuma nasib anda jika dibandingkan dengan orang lain saja tidak sama.

Tapi anda memang cukup bertuah jika percintaan anda dengan suami orang diakhiri dengan perkahwinan dan mendapat restu keluarga. Paling penting isteri pertama boleh menerima anda sebagai madunya. Dan jika anda hidup bermadu, salinglah bertolak ansur dan sedar kedudukan anda sebagai isteri kedua. Semuanya sudah ditentukan oleh ALLAH bukan..?

Tapi jika anda ditinggalkan saat anda menyayangi suami orang terbabit, terimalah hakikat yang dia bukanlah jodoh anda. Memang susah nak lupakan kenangan pahit manis bersamanya.. dah tentu anda akan hilang punca.. tak tahu apa yg perlu dilakukan. Menangislah sepuasnya asalkan anda tidak menjadi Kassim Selamat. Selepas menangis bertindaklah secara wajar dan fikirlah yg terbaik untuk anda di masa depan.

Memang susah nak mulakan percintaan yang baru kembali. Proses suai kenal juga memakan masa bukan. Tapi inilah perjalanan hidup yang anda perlu hadapi.

Saya dah tak mampu menulis lagi. Jika anda ada pengalaman untuk dikongsi bersama tentang kisah ini..

Maaf sekiranya penulisan saya kali ini ada membuatkan anda tersinggung. Saya cuma menulis dari hati..

kenape?!

ya allah aku rasa seperti mimpi belaka.
kenape semua nieyh jadi.
aku sayang die, tp sebalik nye sesuatu yg tak dijangka berlaku.
memang ku duga dari dulu lagi yang ade jer bende yang tak kena.
yeah ini lah bende nye.

kuat kan hati aku untuk tempuhi nye.
betul lah cakap org yg ape kita nak tak semestinye jadi milik kite.
phewwwwww.
payah nye aku nak duga.
rasa dah terbalik dunia aku nie.
adoi, sgt2 terkejut la..
bg aku nie nye masalah besa sgt.
bg org mgkin xdepape..
duk tempat aku rasakan :(

Thursday

HB sepet!

3 jun dah weyy! hAHA.
HAPPY BESDAY ARDA a.k.a SEPET
may allah bless you & frenz 4ever.
dah tua yeah, dah tua yeah.
tp takpe la baru 19 do, mcm2 boley wat lagi.
celebrate ngn shape weyh?
ngn boyfie kau ke?huuhuhu.
mesti dapat hadiah besar punye kan?kan?kan?
btw, aku tak nak cakap panjang lebar lor, penat nak type neyy.
nanti balik sane baru cite panjang k.
take care, keje rajin2 okay.

(1)

(2)
by me : aten <3

Wednesday

tak boleh dilupakan..

WELCOME JUN!!
perrrrhh tiba-tiba aku nak tulis entry nie n teringat masa aktiviti banci dulu..
memang seronok gila bila jalan bawah matahari sampai kaki aku, muka aku BERBELANG.
hek, memang tak boleh lupe.
kak nana,sepul,zaidi,pia & kak bhai.
haha aku memang nak tegelak gila bila teringat balik.
malam2 banci sampai kul 11, kena kejar hanjing lak tuh.
ntah uma sape2 la kita semua masuk semata nk selamat kan diri..
ingat tak weyh? jap jap nk bg ingat.. ^_^
weeee~ huhu tak hengat posing masing2.
masa nie baru pas hujan kan?and kalau tak silap aku nie last rumah kita backup.
ade lagi weyh..
hah aku simpan lagi do gmbar2 nie, siap2 candit lagi zaidi ngn sepul.
kahkah..aku rasa group kita lah yg teamwork.
byk idea pon ade gak.
sebab dapat penyelia yang best gile lah (sepul jgn kembang)
bila lah nak ase camnie ag kan?
aku rasa dah tak kod, sebab sepul n nana dah kawen..
pasni kak bhai, pastu cepiah n zaidi..
aku tahun yang tak akan dapat diramal kuikui..
sayanggg korang.
SELAMAT PENGANTIN BARU nana&sepul.



Tuesday

abang oh abang !

heish series before nieyh aku tak fikir pun kau cakap tu betul,
rupa nye memang betol la kan.
haiya..
aku ngat aku dulu bang, upe nye kau dlu..
takpela maybe jodoh kau dah pon smpai kan.
aku maybe lambat lg, n maseh MUDA hehe..nak jugak title tu *
setelah lame nye dieorang bercinta,
maka tiba la masa untuk membina surau.
seterus nye bina masjid.
kahkah.

tahu la lepas nie mesti da jarang nak gado, nak bertumbok, gaduh mulut.
kan?
tak pelaa, aku cube la sesuaikan diri.
even kau penah tarik rambut aku, debik aku masa aku date dlu,
tapi aku respek kau tak pernah lempang aku pon.
itu bermakna aku maseh lagi budak baik. huhu $$..
doakan aku pulak bang pasni aku dapat rasa kebahagiaan macam kau rasa..
nak jeles skit ah =_=
phewwwww sayang kau sampai mati my doly moly brother >,<


Thursday

SUKA SANGAT (:

cak!! lame tak bermanje2 kat blog nieyh dah,
bukan lupe kat si nie, cume tade mood lately.
mcm2 masalah woo.
hehe, ble ade masalah mesti muka pon tak serupa bikin lah!ngee.
okay, erm sekarang baru ade mood sikit (~,@)
erm okay aku memang kurang tumpuan dea,
taktahu la kenape, dah sememang nye aku macam tu kod.

tapi, okay laa sebab memang sweet gila.
patot la aku tak boleh nak lupe kan dea tu.
sebab cara dea lain sgt before yg nie, semakin syg nampak nye.
okay taknak cerita panjang.
saya happy ble dye happy :)

Sunday

ade ke patot?

okay, sekarang nak cakap pasal 'ade ke patot'?
tahu tak kenape?
aku tak faham dengan manusia yang tak ade ATI & PERASAAN nie.
die rasa dia hebat, bagus, terbaek or what ever lah.
ade jugak hamba allah yang macam nie,heish.

kenapa semua tempat kau nak congker kalau kau rasa dah tentu2 itu hak orang lain.
kenape kau buat macam semua nye kau punye?
adoii semua nie duniawi la beb.
kalau kau nak amek semua boleh jerk, tak heran pong.
amek la..
nanti kau jawab kat akhirat sok okay.

bla bla bla..

Thursday

kenape?!

kenape?
sekejap kau okay, sekejap kau moody?
kenape?kenape?
sorila kalau aku tanye banyak2 kali kat kau.
aku bukan sengaja nak tanya balnyak2 kali tadi.
and terus macam tinggi suara.
fisrt time -___-
okay fine kalau kau terlalu banyak masalah nak fikir,
aku tak ganggu kau.
kau boleh teruskan berfikir dengan masalah kau.

k bai.

Wednesday

BE STRONG OKAY..

huh' ari nie aku nak cakap pasal putus cinta..
hah?pelik tak tetibe aku cakap pasal cinta cinton nieh.
whatever jelahh!! 
tahu tak?bercinta memang kadang2 seronok, tambah2 lagi bg budak sekolah yg obses sgt bercinta.
haa, memang tak bole nak cakap hape la,
sebab masing2 tgh obses becinta kan, wait n see lah..
aku pun penah bercinta, pernah putus cinta..
meh sini kongsi sama2 wahai manusia.

kalau rasa tak nak rasa sakit, rasa kecewa n jadi bodoh jangan bercinta okay.
siapa yang berani bercinta mestilah berani untuk hadapi akhir cinta nye.
saket kan kalau rasa dikecewakan?hambek sebiji.
tgah2 seronok bercinta tibe2 kecewa, alamat tak berlagu la mata nie kua air mata.
jangan terlalu menatap sangat cinta yg rasa terseksa tu,
betol lah susah nak lupa orang yang kita sayang..
sebab segala nye kita kongsi bersama dengan die.
bagi aku, bila waktu aku kena macam nie, SERIUSLY do aku memang down gila.
masa tu aku tak rasa betape bodoh nye aku jadi down mcm tu.
seminggu cube tak boleh, sebulan baru boleh..
hilang semua nye, selera makan, selera nak berfb, selera nak lepak ngn kwn2..
mcm2 lah! huh' semua nye sebab cinta niey lah.

lepas tu baru aku rasa WOW! like stupid nye aku jd semua tuh.
kenape?semua nye sebab cinta. after 1 month tu la jiwa aku yg hancur, berkecai tu
bertukar menjadi BENCI dekat dye, tahu kenape? aku tak penah dah pk kebaikan dye,
aku pikirkan KEJAHATAN dye, damm!!
pesal la bende2 macam nie spoil kan mood aku, ggggrrhh!!
dah!dah!dah! aku kene teruskan hidup
aku bz kan diri aku dengan kwan2, kerja, g bercuti..
waaaarhhh alhamdulillah aku boleh lupe..

last2 KENAPE DYE DATANG BALIK?
sebb menyesal?tak pk pnjg dulu?
haaa satu je aku nak cakap HELL lah weyh.
sekali kau buat macam tu 1000 kali aku tak kan terima kau! 
sebab knpe?sebab perasaan sayang bertukar menjadi benci..
heeeeeeeeee...
so jangan ratapi sangat k dalam hidup nie..
cinta tu mudah datang & mudah pergi..
so BE STRONG okay..

sekian, bla bla bla bal..
atien :')

Sunday

two face?

today we are talking about two face!!
so annoying my life, bodo! grrrgh.
eee, tuhan jadikan manusia nie same jeh,
ade KAKI, ade TANGAN, ade MATA, ade TELINGA..
tapi cuma HATI & PERASAAN manusia tak same!!
susah la hidup nie, bila baik dengan orang, tp orang tu depan je baik, blakang mcm HARAM!
mak ayah aku cakap, takpe biar orang buat kita jgn kita buat orang.
okay, fine aku ikot ape mereka cakap >,<
TAPI? boleh tak kalau sekali je aku nak buat orang balek?
bia dye rasa ape yang aku rasa semua tu..
geram la.......to much!!


Monday

IKHLAS DARI ATI YANG SUCI

dulu saya selalu tunggu awak, fikirkan awak, risaukan awak!
sayangkan awak yg terlampau,
hari2 saya berasa gembira & tenang bila dengan awak.
saya suka dberi perhatian! itu saya.
bahagia sangat kenal awak, membuatkan saya jadi ke alam kanak-kanak semula.
awak selalu bantu saya, tak pernah ungkit 1 pun! *terima kaseh.
awak snggup korban sesuatu supaya saya tak bosan sebab saya PASTI akan bosan.
saya hargai sangat2.

tapi sekarang nie lately awak selalu nampak muram+sedih+macam tak lalu makan.
saya selalu tersalah anggap dengan awak sebab saya kata awk dah tak syg sy.
saya seperti berkelakuan kebudakan!
bodo  gila aku rasa.
bende remeh temeh tak perlu dipikirkan.
betol cakap awak.

mulai hari nie saya pasti tidak akan ulangi sikap kebudakan saya tu lg.
nie janji saya.
saya tahu masalah awak banyak.
tapi awak tak nak cite, saya tahu dah even awak tak cerita.
saya silap sebab beban kan awak dengan bende remeh2 macam tu.
sedang kan awak lagi berfikir yg lg berat.
okay! saya akan jadi matang lagi.
yg penting saya sentiasa akan ingat awak, tak lupe!
1 ari nanti kalau awak lupe saya atau terlupa saya, takpe...
saya faham.

saya mintak maaff sgt2 dengan sikap saya.
saya cuma nak bgtahu yg saya kdg rindu kat awak!
saya cube biasakan nye setiap hari.
okay !
tq -__-

Tuesday

SPEACIAL GIFT from beijing by SIS..

aw,aw,aw,aw,...
saya dapat something owwww..
cantik!cantik! seshangat..
nak tgk tak?
hee..
saya dapat dr BEIJING ow.
kakak syg saya bg.
haa, jgn jeles! hee.
saya hargai shangat2 hadiah nie,
jauh dtg nye.
muahhh!
love you....

OMG!

wahhh, penat sungguh.
tadi bosan, nie penat pulak, ape la aku nie.
sorang2 aku berjalan tadi.
ok la gak dapat lepas keboringan aku nieh ha.
pehal ar org mcm pelik je aku jalan sorang? sebok jerk nak pandag aku jln sensorang.
tgk wayang sensorang, best jugak la.
hee, kalau mydad tahu aq kua sorang comfm bising wot.

ah! tak kesah la, ari nie pon nak balek uma parents da.
urm aq beli KETAM.
nak suh ibu aku masak, wahh my fav tu weyh.
da lame tak makan masakan ibu.
hehe, tak sabar betol lah..

kawan2 aku da tggu pulak nak jumpe, malas sebenarnye aku nak jumpe dorang.
heish ape aku nie, yelaa kalau aku KERAJINAN aku jumpe yerk.
ahhh penat,penat..
mane bantal nie, dah kemalasan aku.
tido...
sementara tggu abg aku balek :)

by -___-

Monday

opssss! :(

oppssss -__-
aku nak mintak maaf kawan2,saudara,sahabat handai,tua,muda.
maaf kalau aku nie tak pandai & tak reti nak jaga perasaan korang.
bodo tak aku? huh tak kod.
bak kata mak aku, aku s'org yg degil sgt2.
sape boleh ubah aku? tak kan ade.
dulu zaman skolah pon aku hanye jaga perasaan cikgu aku je.
budak2 len? haha gi lantak. ader aku kesa?
opps, terlancang la pulak.
enough laa, aku bukan nak melawak act.
aku nak say sorie kalau aku cm nie, yg dua tiga org tu aku mintak maaf ek.
aku bukan ape, aku memang macam nie kod.
kalau aku rasa nak jaga perasaan dye, yeahaku cube.
kalau tak bole, tak aar. nak wat cm ne kan.
dah aku macam nie.
pas ni nak try lak jd ati kering.
orang nak cakap ape cakap la nnt aku wat masuk tliga kiri
keluar telinga kanan, dan jgn masuk balek.
hek' bole tak macam tu.
okla, weyh2 kat sini,
AKU NAK MINTAK MAAF okay?
by.

Sunday

cinta sempurna

aku manusia lemah, selalu terjatuh
berbeda aku dari mu, kau berdiri teguh
aku serba tiada, aku kekurangan
dan bila kau tiba, aku hilang dari kewujudan.

sempurna nye sifatmu, tulus nya hatimu
jujur nya niat mu, tinggi nya kesabaran mu
lepaskan lah diriku
kerna aku, tak mampu tuk menanggung
sebuah cinta sempurna,
darimu...

bukan aku tak pernah, mengerti dirimu
ku sanjung setiap kata cinta
kau berikan aku
hilangkan rasa itu, akhirkan semua
dan bila kau sedar, aku hilang dari kewujuddan...

by
me -___-


Thursday

istimewa jumaat -___-

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.