BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday

Bercinta Dgn Suami Org

Yer.. bercinta dgn suami orang.. Kepada mereka yang sedang atau pernah bercinta dgn suami orang, pastinya pelbagai dugaan yg anda hadapi. Bagi pihak anda, tiada apa yg salah kerana anda juga akan menganggap dah rezeki anda dpt suami orang dan anda juga berhak ada kebahagiaan. Bagi pihak sang isteri kepada kepada suami orang tu.. tentu mereka akan rasa kecewa kerana layanan mereka kpd suami masih lagi tidak memuaskan sampai sanggup sang suami mencari kekasih lain diluar.

Saya bukan nak cerita tentang kisah pahit manis isteri kepada suami orang itu tetapi saya nak coretkan tentang kisah perempuan yg bercinta dengan suami orang.

Manisnya bercinta dengan suami orang..

  • Perhatian yg diberikan adalah sgt first class. Maklumlah sedang bercinta mmg segalanya sangat manis.
  • Pengalaman yg ada pada suami org membuatkan anda rasa happy sebab dia akan memberikan layanan lebih dari isterinya. Tambah lagi kalau suami orang itu sudah berumur.. anda akan rasa sentiasa dimanjai dan dibelai..
  • Anda menjadi buah hati pengerang jantung yg paling istimewa. Sanggup menemani anda kemana saja.
Pahitnya bercinta dengan suami orang..

  • Walaupun anda ditatang bagai minyak yg penuh, suami orang akan kalah pada anak-anak mereka. Mereka mungkin sanggup membatalkan planning bersama anda jika ada sesuatu hal yg terjadi kepada anak suami orang tu.
  • Kemungkinan besar anda akan diserang oleh sang isteri kepada suami orang. Serang melalui panggilan telefon, datang ke office tempat anda bekerja atau terus dtg ke rumah anda. Lebih drastik jika isteri kpd suami orang itu sering menghantar SMS dan mengugut anda. Itu salah satu hal yang patut anda hadapi.
  • Kemungkinan juga anda akan dipandang serong dan dianggap sebagai perampas kebahagian dan hak orang lain.
  • Bersedia menghadapi bohong sunat dari suami orang. Orang lelaki yg berkahwin.. walau jujur manapun mereka pasti ada sesuatu perkara yg dibohongi atau dirahsiakan dari anda.
  • Bersedia menghadapi kemungkinan ditinggalkan. Mungkin suami orang itu tiba-tiba rasa insaf dan bersalah terhadap keluarganya lalu anda ditinggalkan ketika anda ada perasaan kasih & syg yg menebal terhadap suami orang terbabit.
Apabila anda bercinta dengan suami orang..

  • Janganlah beri perasaan kasih & sayang 100% kepada kekasih anda. Paling penting, anda janganlah menyerahkan hal2 yg tidak sepatutnya anda beri sebelum masanya.. konon sebagai lambang kasih & cinta.
  • Pada saya tidak salah anda bercinta dengan suami orang kerana anda juga berhak menerima kasih sayang dari seorang lelaki. Cuma nasib anda saja yg tidak 100% beruntung kerana mendapat lelaki yang ada komitmen keluarga.
  • Anda patut sedar kedudukan anda dimana. Jgn masuk campur urusan keluarga suami orang itu. Dan jangan terlalu menabur budi kepada ahli keluarga suami orang tersebut. Contohnya mengajar anak suami orang itu membuat kek.
  • Jika dapati kekasih anda si suami orang itu meninggalkan isterinya gantung tak bertali, nasihatlah beliau secara rasional. Katakan kepadanya berdosa besar kalau dia lakukan hal begini. Ini kerana walaupun suami orang itu meninggalkan isterinya gantung tak bertali selama 6 tahun sekali pun.. mereka masih suami isteri. Tak mustahil mereka akan bersatu kembali.
Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan pengalaman di sekeliling saya. Pahitnya bercinta dengan suami orang lebih besar dari manisnya bercinta dengan suami orang. Walau apapun, saya bukan berniat untuk menakutkan anda sekiranya status anda sekarang bercinta dengan suami orang. Anda juga berhak perolehi kebahagiaan. Cuma nasib anda jika dibandingkan dengan orang lain saja tidak sama.

Tapi anda memang cukup bertuah jika percintaan anda dengan suami orang diakhiri dengan perkahwinan dan mendapat restu keluarga. Paling penting isteri pertama boleh menerima anda sebagai madunya. Dan jika anda hidup bermadu, salinglah bertolak ansur dan sedar kedudukan anda sebagai isteri kedua. Semuanya sudah ditentukan oleh ALLAH bukan..?

Tapi jika anda ditinggalkan saat anda menyayangi suami orang terbabit, terimalah hakikat yang dia bukanlah jodoh anda. Memang susah nak lupakan kenangan pahit manis bersamanya.. dah tentu anda akan hilang punca.. tak tahu apa yg perlu dilakukan. Menangislah sepuasnya asalkan anda tidak menjadi Kassim Selamat. Selepas menangis bertindaklah secara wajar dan fikirlah yg terbaik untuk anda di masa depan.

Memang susah nak mulakan percintaan yang baru kembali. Proses suai kenal juga memakan masa bukan. Tapi inilah perjalanan hidup yang anda perlu hadapi.

Saya dah tak mampu menulis lagi. Jika anda ada pengalaman untuk dikongsi bersama tentang kisah ini..

Maaf sekiranya penulisan saya kali ini ada membuatkan anda tersinggung. Saya cuma menulis dari hati..

No comments:

Post a Comment